Latar Belakang Syarikat
Cinkho Trading telah ditubuhkan pada Julai, 2004. Ianya diterajui dan didokong oleh tenaga kerja yang professional dan mempunyai minda yang perkasa yang seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.
Cinkho Trading amat mementingkan kepuasan pelanggan dalam perkhidmatan yang diberikan sesuai dengan piagam pelanggan syarikat. Program-program yang ditawarkan dirangka mengikut kesesuaian dan perkembangan terkini. Cinkho Trading juga akan mengubahsuai dan mengolah program-program sedia ada mengikut kehendak dan keperluan pelanggan. Ini adalah komitmen kami terhadap pelanggan.
Program-program yang sentiasa mendapat sambutan daripada pelanggan adalah merupakan program bercorak kemahiran seperti Renang Rekreasi dan Kompetitif, Menyelamat Di Air, Menyelamat Kelemasan Asas dan Antarabangsa, Kursus CPR dan Klinik Renang dan Menyelamat.
Dengan didokong oleh para konsultan dan tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan akademik, kepakaran, pengalaman yang ‘hands-on’ dan kemahiran yang praktikal lalu terbentuklah satu hasil gabungan program-program yang berkualiti yang dapat memberikan sumbangan ke arah Pembangunan Modal Insan bagi meningkatkan motivasi, mutu pengurusan dan pentadbiran, pembangunan personal, kemahiran individu dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti sektor swasta dan sektor awam
|